Login
Katanama
Katalaluan
 

Pendaftaran Baru
Klik untuk Pendaftaran Baru

Pautan

Kalendar
<< || >> January - 2018
MoTuWeTh FrSaSu
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Hubungi Kami
Sila hubungi kami melalui panggilan telefon pada waktu pejabat sahaja. Di luar waktu pejabat, boleh berhubung dengan kami melalui emel um_perolehan[at]um.edu.my
Isnin - Khamis :
8.30am - 1.00pm &
2.00pm - 5.30pm
Jumaat :
8.30am - 12.00pm &
2.45pm - 5.30pm
(Waktu Malaysia, GMT +8.00)



 

Pengumuman  

UM.G/PT1/634/1/2018/2 - TAWARAN SEBUTHARGA BAGI MENJALANKAN PREMIS MAKANAN DI BANGUNAN CANSELERI, UM
NOTIS TAWARAN UM.G/PT1/634/1/2018/2 – TAWARAN SEBUTHARGA BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN PREMIS MAKANAN DI BANGUNAN CANSELERI, UNIVERSITI MALAYA Tuan/Puan adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga di atas; Tawaran adalah dipelawa kepada mana-mana PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM), AKTA KOPERASI, BERDAFTAR ATAU TIDAK BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DALAM KOD BIDANG 040103 – MAKANAN BERMASAK (ISLAM) SAMA ADA BERTARAF BUMIPUTERA ATAU BUKAN BUMIPUTERA bagi menjalankan perkhidmatan premis makanan di Bangunan Canseleri, Universiti Malaya. Penyebut harga dikehendaki mengemukakan Surat Wakil Syarikat dan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) semasa pembelian dokumen tawaran sebutharga dibuat. LAWATAN TAPAK adalah diwajibkan pada 24 Januari 2018 (RABU) jam 10.00 pagi di Premis Makanan, Bangunan Canseleri, Universiti Malaya. Dokumen tawaran sebutharga boleh disemak dari Bahagian Perolehan dan Pembangunan, Jabatan Bendahari, d/a Aras 2, Bangunan Canseleri, Universiti Malaya mulai 24 Januari 2018 (RABU). Pembekal/kontraktor mestilah berdaftar dengan pihak Universiti Malaya secara online di laman sesawang http://vendor.um.edu.my. Dokumen tawaran ini boleh dibeli di Kaunter Tunai, Jabatan Bendahari, Aras L (Lobi), Bangunan Canseleri, Universiti Malaya, dengan bayaran sebanyak RM31.80 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Satu dan Sen Lapan Puluh Sahaja) di dalam bentuk kiriman wang/wang pos dibayar atas nama Bendahari Universiti Malaya mulai 24 Januari 2018 (RABU) (selepas sesi lawatan tapak). Penyebut harga yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi:- Puan Wan Zatul Itri Binti Wan Rosley, di talian 03-7967 7083 atau Encik Mohd Zafizi Bin Mokhtar di talian 03- 7967 7865 atau Puan Nur Rafidah Binti Rafik di talian 03-7967 3534 di Pejabat Canseleri, Universiti Malaya. Puan Hasnah Bakri di talian – 03-7967 6968 (Bahagian Perolehan dan Pembangunan, Jabatan Bendahari). Tarikh tutup ialah pada 5 Februari 2018 (ISNIN) jam 12.00 tengah hari. Terima kasih.
 
NOTIS PEMBERITAHUAN PENGAKTIFAN AKAUN 2017 UNTUK PEMBEKAL DALAM NEGARA
Adalah dimaklumkan bahawa bermula Januari 2017, Universiti Malaya akan mengenakan kadar baru bagi yuran pendaftaran/pengaktifan akaun Portal Vendor UM kepada RM106 setahun (RM100+6% GST). Manakala bagi langganan SMS, bayaran adalah RM106 untuk 500 SMS (RM100+6% GST).

Bagi pihak syarikat yang telah membuat pengaktifan akaun sebelum tahun 2016, tarikh tamat tempoh akaun adalah pada 31/12/2016. Manakala syarikat yang membuat pengaktifan akaun dalam tahun 2016, tarikh tamat tempoh akaun adalah satu tahun dari tarikh pengaktifan.

Selepas tarikh tersebut, pihak pembekal perlu membuat pengaktifan akaun semula dengan kadar yang baru secara tahunan untuk membolehkan pihak syarikat membuat tawaran sebutharga atau tender.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak PTM melalui emel um_perolehan@um.edu.my
 
KAEDAH PEMBAYARAN BAGI PENGAKTIFAN VENDOR
Terdapat tiga(3) kaedah pembayaran iaitu:

 1. Pembayaran melalui kad kredit secara online (Pengaktifan akan dilakukan serta merta)

 2. Pembayaran melalui kaunter bank, bank deraf, kiriman wang atau Wang Pos atas nama Bendahari Universiti Malaya

3. Pembayaran melalui perbankan internet atas nama Bendahari Universiti Malaya CIMB, No Akaun: 8001279998

Bagi kaedah (2) dan (3) , pengaktifan akan dilakukan setelah Bahagian Perolehan dan Pembanganan menerima pengesahan bayaran. Sila kemukakan bukti pembayaran ke  unit_perolehan@um.edu.my untuk tindakan pihak kami selanjutnya.

Terima kasih.
 
PEMBERITAHUAN

Universiti Malaya tidak terikat untuk menerima sebutharga/tender yang terendah atau mana-mana sebutharga/tender dan tiada penjelasan akan diberikan kepada mana-mana penyebutharga/petender yang tidak berjaya atau ditolak.

University Malaya does not bind itself to accept the lowest or any tender and no reason will be given for rejecting any tender.

 
Info Tambahan berkaitan Tender & Sebutharga JPPHB

Pemberitahuan ini adalah khusus untuk Kontraktor / Pembekal yang berminat menyertai aktiviti tender atau sebutharga JPPHB, UM

Sebarang pertanyaan berkaitan sebutharga & tender JPPHB hendaklah ditujukan kepada :
Pejabat Pengurusan Harta Benda (JPPHB)
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +603-7967 3318
Fax: +603-7967 3569

Kepada semua pembekal / kontraktor,
Mulai Januari 2009, setiap sebutharga JPPHB akan dikenakan bayaran RM30.00, sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Sebutharga Universiti Malaya.

Untuk keterangan lanjut, klik pautan di bawah :
  Makluman Penjualan Sebutharga
  Surat Kelulusan Penjualan Sebutharga
 
Papan Tanda :
  Piawai Papan Tanda UM - Luaran - Pacak
  Piawai Papan Tanda UM - Luaran - Blok Abjad Pacak
  Piawai Papan Tanda UM - Luaran&Dalaman - Dinding
  Piawai Papan Tanda UM - Dalaman - Bilik & Ruang
 

 
 
UM.G/PT1/634/1/2018/3 - TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN PREMIS MAKANAN DI MENARA PASCA IJAZAH,
UM.G/PT1/634/1/2018/3 - TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN PREMIS MAKANAN DI MENARA PASCA IJAZAH, TINGKAT SATU, FAKULTI PERGIGIAN, UNIVERSITI MALAYA Tuan/Puan adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga di atas;- Tawaran adalah dibuka kepada mana-mana pembekal yang berdaftar dengan:- SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM),BERDAFTAR/TIDAK BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DALAM KOD BIDANG 040103 (MAKANAN BERMASAK ISLAM) SAMADA BERTARAF BUMIPUTERA/ BUKAN BUMIPUTERA LAWATAN TAPAK adalah DIWAJIBKAN pada 22 Januari 2018 (Isnin) jam 10.00 pagi (berkumpul di Lobby Pendaftaran Lama, Blok B, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya). Dokumen tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan, Jabatan Bendahari, Aras 2, Bangunan Canseleri (Baru), Universiti Malaya mulai 22 Januari 2018 (Isnin) dan dokumen hanya boleh dibeli selepas lawatan tapak. Hanya penyebutharga yang menghadiri lawatan tapak sahaja dibenarkan untuk membeli dokumen sebut harga. Pembekal/kontraktor mestilah berdaftar dengan pihak Universiti Malaya secara online melalui portal e-Procurement di alamat http://vendor.um.edu.my. Dokumen tawaran ini boleh dibeli di Kaunter Tunai (2), Jabatan Bendahari, Aras L (Lobi), Bangunan Canseleri Baru, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur dengan harga RM31.80 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Satu Ringgit Dan Sen Lapan Puluh Sahaja) senaskah di dalam bentuk Kiriman Wang/Bank Deraf /Wang Pos dibayar atas nama BENDAHARI, UNIVERSITI MALAYA. Penyebut harga yang memerlukan penjelasan lebih lanjut boleh berhubung:- Rathiyah Ahmad di talian 03-79677493 (Fakulti Pergigian) Norjulieana Mohd Nasir di talian 03-79676968 (Pejabat Bendahari) Tarikh Tutup ialah pada 05 Februari 2018 JAM 12.00 Tengahari Terima kasih.
 
UM.G/G7/804/2018/1 CADANGAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN BANGUNAN-BANGUNAN FAKULTI PERUBA
Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal/kontraktor yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MoF) di bawah Kod Bidang yang berkaitan dan pendaftarannya masih sah (valid) bagi tawaran seperti berikut:- NOMBOR DAN BUTIRAN TAWARAN UM.G/G7/804/2018/1 CADANGAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN BANGUNAN-BANGUNAN FAKULTI PERUBATAN, PERPUSTAKAAN FAKULTI PERUBATAN DAN NOCERAL TERMASUK MENYELENGGARA KAWASAN PARKIR & LANSKAP, UNIVERSITI MALAYA, 50603 KUALA LUMPUR KOD BIDANG : PERKARA 221001 : PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT; DAN 221002 : MEMBERSIH KAWASAN; DAN 221003 : MENGANGKAT SAMPAH STATUS/TARAF : BUMIPUTERA TEMPAT DAN WAKTU JUALAN Kaunter Tunai (2), Jabatan Bendahari, Aras L (Lobi), Bangunan Canseleri Baru, Universiti Malaya Waktu Jualan Isnin – Khamis 8.30 pagi - 4.00 ptg Jumaat 8.30 pagi - 12.00 tgh 3.00 ptg - 4.00 ptg Berdaftar dengan Universiti Malaya (Wajib) Harga Dokumen Tender: RM159.00 senaskah (Termasuk GST 6%) Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN pada hari Khamis , 25 JANUARI 2018, jam 10.00 pagi bertempat di AUDITORIUM JPPHB, UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR Dokumen Tender boleh disemak mulai hari ISNIN, 22 JANUARI 2018 di Bahagian Perolehan dan Pembangunan, Aras 2, Bangunan Canseleri Baru, Universiti Malaya, semasa waktu pejabat dan hanya boleh dibeli selepas menghadiri lawatan tapak. Waktu dan tempat jualan tender adalah seperti di atas. Semua pembelian dokumen tender dibuat dalam bentuk Bank Deraf / Kiriman Wang (Money Order) sahaja atas nama Bendahari Universiti Malaya. Pembelian dokumen tender dalam bentuk Wang Pos tidak akan dipertimbangkan. Sila kemukakan surat wakil daripada syarikat semasa membeli Dokumen Tender. Petender WAJIB berdaftar dan membida tawaran ini secara online melalui Portal Sistem Kewangan Universiti Malaya di alamat http://vendor.um.edu.my sebelum tarikh tutup tender. Dokumen Tender yang telah disempurnakan hendaklah dimeterai, ditulis nombor rujukan tender di sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Perolehan dan Pembangunan, Jabatan Bendahari, Aras 2, Bangunan Canseleri Baru, Universiti Malaya.Tawaran tender yang lewat dikemukakan secara online dan kelewatan menghantar dokumen tender seperti mana arahan tender ini, tidak akan dipertimbangkan. Tawaran ditutup pada 15 FEBRUARI 2018 (KHAMIS), jam 12.00 tengah hari
 
UM.G/PT1/634/1/2018/01 - TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN PREMIS MAKANAN DI MEDICAFE,F.PERUBATA
UM.G/PT1/634/1/2018/01 - TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN PREMIS MAKANAN DI MEDICAFE,FAKULTI PERUBATAN, UNIVERSITI MALAYA Tuan/Puan adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga di atas;- Tawaran adalah dibuka kepada mana-mana pembekal yang berdaftar dengan:- SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM),BERDAFTAR/TIDAK BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DALAM KOD BIDANG 040103 (MAKANAN BERMASAK ISLAM) SAMADA BERTARAF BUMIPUTERA/ BUKAN BUMIPUTERA LAWATAN TAPAK adalah DIWAJIBKAN pada 29 Januari 2018 (Isnin) jam 10.00 pagi (berkumpul di Centrepoint, Aras 4, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya). Dokumen tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan, Jabatan Bendahari, Aras 2, Bangunan Canseleri (Baru), Universiti Malaya mulai 22 Januari 2018 (Isnin) dan dokumen hanya boleh dibeli selepas lawatan tapak. Hanya penyebutharga yang menghadiri lawatan tapak sahaja dibenarkan untuk membeli dokumen sebut harga. Pembekal/kontraktor mestilah berdaftar dengan pihak Universiti Malaya secara online melalui portal e-Procurement di alamat http://vendor.um.edu.my. Dokumen tawaran ini boleh dibeli di Kaunter Tunai (2), Jabatan Bendahari, Aras L (Lobi), Bangunan Canseleri Baru, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur dengan harga RM31.80 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Satu Ringgit Dan Sen Lapan Puluh Sahaja) senaskah di dalam bentuk Kiriman Wang/Bank Deraf /Wang Pos dibayar atas nama BENDAHARI, UNIVERSITI MALAYA. Penyebut harga yang memerlukan penjelasan lebih lanjut boleh berhubung:- Puan Habibah Mohd Bukhari di talian 03-79677585 (Fakulti Perubatan) Puan Zarina Adris di talian 03-79674608 (Pejabat Bendahari) Tarikh Tutup ialah pada 08 Februari 2018 (Khamis) JAM 12.00 Tengahari Terima kasih.
 


Hakcipta Terpelihara 2010 - 2018
Bahagian Portal Enterprise, Pusat Teknologi Maklumat,Universiti Malaya.
Privacy Policy | Disclaimer | Security Policy