Login
Username
Password
 

New Registration
Click here To Register

Link

Calendar
<< || >> October - 2017
MoTuWeTh FrSaSu
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Contact Us
Please call us during office hours only. Otherwise, please email to um_perolehan[at]um.edu.my
Monday - Thursday :
8.30am - 1.00pm &
2.00pm - 5.30pm
Friday :
8.30am - 12.00pm &
2.45pm - 5.30pm
(Malaysian Time, GMT +8.00)



 

Pengumuman  

NOTIS PEMBERITAHUAN PENGAKTIFAN AKAUN 2017 UNTUK PEMBEKAL DALAM NEGARA
Adalah dimaklumkan bahawa bermula Januari 2017, Universiti Malaya akan mengenakan kadar baru bagi yuran pendaftaran/pengaktifan akaun Portal Vendor UM kepada RM106 setahun (RM100+6% GST). Manakala bagi langganan SMS, bayaran adalah RM106 untuk 500 SMS (RM100+6% GST).

Bagi pihak syarikat yang telah membuat pengaktifan akaun sebelum tahun 2016, tarikh tamat tempoh akaun adalah pada 31/12/2016. Manakala syarikat yang membuat pengaktifan akaun dalam tahun 2016, tarikh tamat tempoh akaun adalah satu tahun dari tarikh pengaktifan.

Selepas tarikh tersebut, pihak pembekal perlu membuat pengaktifan akaun semula dengan kadar yang baru secara tahunan untuk membolehkan pihak syarikat membuat tawaran sebutharga atau tender.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak PTM melalui emel um_perolehan@um.edu.my
 
KAEDAH PEMBAYARAN BAGI PENGAKTIFAN VENDOR
Terdapat tiga(3) kaedah pembayaran iaitu:

 1. Pembayaran melalui kad kredit secara online (Pengaktifan akan dilakukan serta merta)

 2. Pembayaran melalui kaunter bank, bank deraf, kiriman wang atau Wang Pos atas nama Bendahari Universiti Malaya

3. Pembayaran melalui perbankan internet atas nama Bendahari Universiti Malaya CIMB, No Akaun: 8001279998

Bagi kaedah (2) dan (3) , pengaktifan akan dilakukan setelah Bahagian Perolehan dan Pembanganan menerima pengesahan bayaran. Sila kemukakan bukti pembayaran ke  unit_perolehan@um.edu.my untuk tindakan pihak kami selanjutnya.

Terima kasih.
 
PEMBERITAHUAN

Universiti Malaya tidak terikat untuk menerima sebutharga/tender yang terendah atau mana-mana sebutharga/tender dan tiada penjelasan akan diberikan kepada mana-mana penyebutharga/petender yang tidak berjaya atau ditolak.

University Malaya does not bind itself to accept the lowest or any tender and no reason will be given for rejecting any tender.

 
Info Tambahan berkaitan Tender & Sebutharga JPPHB

Pemberitahuan ini adalah khusus untuk Kontraktor / Pembekal yang berminat menyertai aktiviti tender atau sebutharga JPPHB, UM

Sebarang pertanyaan berkaitan sebutharga & tender JPPHB hendaklah ditujukan kepada :
Pejabat Pengurusan Harta Benda (JPPHB)
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +603-7967 3318
Fax: +603-7967 3569

Kepada semua pembekal / kontraktor,
Mulai Januari 2009, setiap sebutharga JPPHB akan dikenakan bayaran RM30.00, sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Sebutharga Universiti Malaya.

Untuk keterangan lanjut, klik pautan di bawah :
  Makluman Penjualan Sebutharga
  Surat Kelulusan Penjualan Sebutharga
 
Papan Tanda Dalaman :
  Lukisan Kerja Piawai Papan Tanda Dalaman
  Lukisan Kerja Piawai Papan Tanda Dilarang Merokok
  Garis Panduan Papan Tanda Dalaman
  Lukisan Kerja Piawai Perabot UM
 
Papan Tanda Luaran :
  Lukisan Kerja Piawai Papan Tanda Luaran
 
TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN PREMIS MAKANAN DI ‘SNACK CORNER’ FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSI
UM.G/PT1/634/1/2017/12 - TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN PREMIS MAKANAN DI ‘SNACK CORNER’ FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI MALAYA PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM), AKTA KOPERASI, BERDAFTAR ATAU TIDAK BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DALAM KOD BIDANG 040103 – MAKANAN BERMASAK (ISLAM) SAMA ADA BERTARAF BUMIPUTERA ATAU BUKAN BUMIPUTERA Dokumen tawaran dan maklumat lanjut boleh diperolehi dari Bahagian Perolehan, Jabatan Bendahari, Aras 2, Bangunan Canseleri, Universiti Malaya, Lembah Pantai mulai 29 November Mac 2017 dan dokumen hanya boleh dibeli selepas lawatan tapak Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN pada hari 04 Disember 2017 (isnin) jam 10.00 pagi bertempat di Fakulti Kejuruteraan
 
UM.G/PT1/634/1/2017/10 - TWRN SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN PREMIS MAKANAN DI BANGUNAN CANSELERI,UM
Tawaran adalah dipelawa kepada mana-mana pembekal yang berdaftar dengan:-SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM), AKTA KOPERASI, BERDAFTAR ATAU TIDAK BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM) DALAM KOD BIDANG 040103 - MAKANAN BERMASAK (ISLAM) SAMADA BERTARAF BUMIPUTERA ATAU BUKAN BUMIPUTERA bagi menjalankan perkhidmatan premis makanan di Bangunan Canseleri, Universiti Malaya. Penyebut harga dikehendaki mengemukakan Surat Wakil Syarikat dan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) semasa pembelian dokumen tawaran sebutharga dibuat. LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN pada 12 Disember 2017 (SELASA) jam 10.00 pagi bertempat di Premis Makanan, Bangunan Canseleri, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. Dokumen tawaran sebutharga boleh disemak dari Bahagian Perolehan dan Pembangunan, Jabatan Bendahari, d/a Aras 2, Bangunan Canseleri, Universiti Malaya. Pembekal/kontraktor mestilah berdaftar dengan pihak Universiti Malaya secara online di laman sesawang http://vendor.um.edu.my. Dokumen tawaran ini boleh di beli di Kaunter Tunai, Jabatan Bendahari, Aras L(Lobi), Bangunan Canseleri, Universiti Malaya, dengan bayaran sebanyak RM31.80 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Satu dan Sen Lapan Puluh Sahaja) di dalam bentuk kiriman wang/wang pos dibayar atas nama Bendahari Universiti Malaya mulai 12 Disember 2017 (SELASA) (selepas sesi lawatan tapak). Penyebutharga yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi:- Puan Wan Zatul Itri Binti Wan Rosley, di talian 03-7967 7083 atau Encik Mohd Zafizi Bin Mokhtar di talian 03-7967 7865 atau Puan Nur Rafidah Binti Rafik di talian 03-7967 3534 di Pejabat Canseleri, Universiti Malaya. Puan Hasnah Bakri di talian 03-7967 6968 (Bahagian Perolehan dan Pembangunan, Jabatan Bendahari. TARIKH TUTUP IKLAN IALAH PADA 19 Disember 2017(SELASA) Jam 12.00 tengah hari. Sekian,Terima kasih.
 
UM.KOL9/804/KANTIN/GERAI NO.2/(17) – TAWARAN MENJALANKAN PERKHIDMATAN PREMIS MAKANAN DI KOLEJ 9, UM
Tuan / Puan adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga di atas: Tawaran adalah dipelawa kepada mana-mana PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM), AKTA KOPERASI, BERDAFTAR ATAU TIDAK BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DALAM KOD BIDANG 040103 – MAKANAN BERMASAK (ISLAM) SAMA ADA BERTARAF BUMIPUTERA ATAU BUKAN BUMIPUTERA bagi menjalankan perkhidmatan premis makanan di Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin (KK9), Universiti Malaya. Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan Surat Wakil Syarikat dan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) semasa pembelian dokumen tawaran sebut harga dibuat. LAWATAN TAPAK adalah diwajibkan pada 13 DISEMBER 2017 ( RABU) jam 10.00 pagi di Lobi Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin (KK9), Universiti Malaya. Dokumen tawaran sebutharga boleh disemak dari Bahagian Pejabat Pentadbiran Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin (KK9), Aras 1, Universiti Malaya mulai 7 Disember 2017 (KHAMIS). Pembekal/ Kontraktor mestilah berdaftar dengan pihak Universiti Malaya secara online di laman sesawang htpp://vendor.um.edu.my. Dokumen tawaran ini boleh dibeli di Kaunter Pejabat Pentadbiran, Kolej kediaman Tun Syed Zahiruddin, Aras 1 , Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan bayaran sebanyak RM31.80 (Ringgit Malaysia: Tiga puluh satu dan lapan puluh sen sahaja) di dalam bentuk kiriman wang/wang pos atas nama Bendahari Universiti Malaya mulai 8 Disember 2017 (JUMAAT) (selepas sesi lawatan tapak) Penyebutharga yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi:- Puan Nabila Muhamad Shidik di talian 03 7957 3336 atau Puan Rozana Abd Rahim di talian 03 7955 1116 di Kolej kediaman Tun Syed Zahiruddin (KK9), Universiti Malaya. Tarikh tutup ialah pada 26 DISEMBER 2017 (SELASA) jam 12.00 tengah hari. Terima kasih.
 


Hakcipta Terpelihara 2010 - 2017
Bahagian Portal Enterprise, Pusat Teknologi Maklumat,Universiti Malaya.
Privacy Policy | Disclaimer | Security Policy