Login
Username
Password
 

New Registration
Click here To Register

Link

Calendar
<< || >> July - 2018
MoTuWeTh FrSaSu
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Contact Us
Please call us during office hours only. Otherwise, please email to um_perolehan[at]um.edu.my
Monday - Thursday :
8.30am - 1.00pm &
2.00pm - 5.30pm
Friday :
8.30am - 12.00pm &
2.45pm - 5.30pm
(Malaysian Time, GMT +8.00)



 

Pengumuman  

NOTIS PEMBERITAHUAN PELAKSANAAN CUKAI JUALAN & PERKHIDMATAN (SST).
Seperti tuan/ puan sedia maklum, Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP)/ Goods & Services Tax (GST) telah dimansuhkan dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa mulai 1 September 2018.

Selaras dengan peralihan GST kepada SST, pihak Universiti Malaya (UM) telah menetapkan tarikh akhir untuk mengemukakan tuntutan GST adalah pada 31 Disember 2018. Sehubungan itu, pihak tuan/puan hendaklah mengemukakan inbois beserta GST selewatnya pada 30 November 2018 bagi membolehkan bayaran dibuat sebelum 31 Disember 2018. Sebarang inbois beserta GST selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Bagi tawaran pembekalan/ perkhidmatan/ kerja mulai 1 September 2018, tuan/ puan perlu memastikan jumlah harga tawaran yang dikemaskini dalam sistem adalah termasuk jumlah SST sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Bahagian Pengurusan Dana & Kawalan Kredit Jabatan Bendahari melalui emel bursar_endowtax@um.edu.my.
 
NOTIS PEMBERITAHUAN PENDAFTARAN/ PENGAKTIFAN AKAUN PEMBEKAL DALAM NEGARA MULAI 1 SEPTEMBER 2018.
Seperti tuan/ puan sedia maklum, Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP)/ Goods & Services Tax (GST) telah dimansuhkan dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa mulai 1 September 2018.

Walaubagaimanapun, Universiti Malaya (UM) adalah tidak tertakluk untuk mendaftar sebagai organisasi yang memberi perkhidmatan bercukai di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan tidak akan mengenakan SST ke atas perkhidmatan yang diberikan mulai tarikh tersebut.

Sehubungan itu, bermula 1 September 2018, kadar yuran pendaftaran/ pengaktifan akaun pembekal kekal RM100.00 setahun. Manakala bagi langganan SMS, bayaran adalah kekal RM100.00 untuk 500 SMS.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Pusat Teknologi Maklumat (PTM) melalui emel um_perolehan@um.edu.my.
 
KAEDAH PEMBAYARAN BAGI PENGAKTIFAN VENDOR
Terdapat tiga(3) kaedah pembayaran iaitu:



 1. Pembayaran melalui kad kredit secara online (Pengaktifan akan dilakukan serta merta)



 2. Pembayaran melalui kaunter bank, bank deraf, kiriman wang atau Wang Pos atas nama Bendahari Universiti Malaya



3. Pembayaran melalui perbankan internet atas nama Bendahari Universiti Malaya CIMB, No Akaun: 8001279998



Bagi kaedah (2) dan (3) , pengaktifan akan dilakukan setelah Bahagian Perolehan dan Pembanganan menerima pengesahan bayaran. Sila kemukakan bukti pembayaran ke  unit_perolehan@um.edu.my untuk tindakan pihak kami selanjutnya.



Terima kasih.
 



NOTIS PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BANK BAGI TUJUAN BAYARAN

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa pihak UM akan melaksanakan semakan data nama syarikat, nombor akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat adalah tepat sebelum bayaran dibuat oleh pihak Bank.

Tuan/puan diminta untuk memastikan maklumat di bawah yang didaftarkan di bank adalah selaras dengan maklumat yang didaftarkan dengan UM, bagi mengelakkan kegagalan dalam urusan pembayaran:
i. Nama Syarikat
ii. Nombor Akaun bank dan
iii. Nombor Pendaftaran Syarikat.

Sekiranya terdapat perbezaan data, sila layari laman web vendor untuk pengemaskinian data.

Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.
Terima kasih.

Jabatan Bendahari,
Universiti Malaya,
30 Ogos 2016.



Hakcipta Terpelihara 2010 - 2018
Bahagian Inovasi dan Komersialisasi, Pusat Teknologi Maklumat,Universiti Malaya.
Privacy Policy | Site Credits | Disclaimer | Security Policy