Login
Username
Password
 

New Registration
Click here To Register

Link

Calendar
<< || >> February - 2018
MoTuWeTh FrSaSu
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728    

Contact Us
Please call us during office hours only. Otherwise, please email to um_perolehan[at]um.edu.my
Monday - Thursday :
8.30am - 1.00pm &
2.00pm - 5.30pm
Friday :
8.30am - 12.00pm &
2.45pm - 5.30pm
(Malaysian Time, GMT +8.00)



 

Pengumuman  

NOTIS PEMBERITAHUAN PENDAFTARAN/ PENGAKTIFAN AKAUN PEMBEKAL DALAM NEGARA MULAI 1 JUN 2018.
Adalah dimaklumkan bahawa, Kadar Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP) 6% dipinda menjadi 0% berkuatkuasa 1 Jun 2018. Walaubagaimanapun, pembekal masih tertakluk kepada perundangan Cukai Barang & Perkhidmatan semasa iaitu Perintah CBP (Kadar Cukai) (Pindaan) 2018/ P.U. (A) 118/2018.

Oleh yang demikian, bermula 1 Jun 2018, Universiti Malaya (UM) akan mengenakan pindaan pada kadar yuran pendaftaran/ pengaktifan akaun pembekal kepada RM100.00 setahun. Manakala bagi langganan SMS, bayaran adalah RM100.00 untuk 500 SMS.

Bagi pihak pembekal yang telah membuat pendaftaran/ pengaktifan akaun sebelum 1 Jun 2018, maka bayaran yang telah diterima sebelum 1 Jun 2018 adalah tertakluk kepada CBP 6%. Selepas tarikh 1 Jun 2018, kadar CBP adalah 0%.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Pusat Teknologi Maklumat (PTM) melalui emel um_perolehan@um.edu.my.
 
NOTIS PEMBERITAHUAN KADAR CUKAI BARANG & PERKHIDMATAN (CBP) 6% DIPINDA MENJADI 0% MULAI 1 JUN 2018.
Kementerian Kewangan Malaysia pada 16 Mei 2018 telah menetapkan bahawa kadar Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP)/ Goods & Services Tax (GST) dipinda daripada 6% kepada 0% berkuatkuasa 1 Jun 2018.

Sila ambil perhatian bahawa, semasa tempoh peralihan, kadar cukai adalah berdasarkan tarikh penghantaran barang atau perkhidmatan. Bagi pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat sebelum 1 Jun 2018, kadar CBP/ GST adalah kekal 6%. Manakala bagi pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat selepas 1 Jun 2018 kadar CBP/ GST adalah 0%.

Bagi tujuan memudahkan tempoh peralihan ini, semua pembekal yang telah membuat pembekalan dan perkhidmatan kepada UM sebelum atau pada 31 Mei 2018 hendaklah memastikan nota penghantaran (DO/ GRN) dan inbois beserta dokumen sokongan berkaitan telah dikemaskini di dalam sistem UM Procurement & Payment Management selewat-lewatnya pada 31 Mei 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Bahagian Pengurusan Dana & Kawalan Kredit Jabatan Bendahari melalui emel bursar_endowtax@um.edu.my.
 
KAEDAH PEMBAYARAN BAGI PENGAKTIFAN VENDOR
Terdapat tiga(3) kaedah pembayaran iaitu:



 1. Pembayaran melalui kad kredit secara online (Pengaktifan akan dilakukan serta merta)



 2. Pembayaran melalui kaunter bank, bank deraf, kiriman wang atau Wang Pos atas nama Bendahari Universiti Malaya



3. Pembayaran melalui perbankan internet atas nama Bendahari Universiti Malaya CIMB, No Akaun: 8001279998



Bagi kaedah (2) dan (3) , pengaktifan akan dilakukan setelah Bahagian Perolehan dan Pembanganan menerima pengesahan bayaran. Sila kemukakan bukti pembayaran ke  unit_perolehan@um.edu.my untuk tindakan pihak kami selanjutnya.



Terima kasih.
 
TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN MESIN DOBI LAYAN DIRI DI KOLEJ KEDIAMAN TUN AHMAD ZAIDI, UNIVERSITI MALAYA
1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat seperti berikut:
a. Syarikat berdaftar sekurang-kurangnya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
b. Sijil pendaftaran masih sah (valid) semasa tawaran dibuka. Penyebut harga dikehendaki mengemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) semasa pembelian dokumen tawaran sebut harga.
c. Syarikat mestilah berdaftar dengan pihak Universiti Malaya secara online melalui portal e-procurement di alamat http://vendor.um.edu.my.

Dan yang masih dibenarkan membuat sebutharga di bawah tajuk seperti berikut:

No Tawaran : UM.KOL10/757/2/3/2018/1
TAJUK KERJA : TAWARAN BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN MESIN DOBI LAYAN DIRI DI KOLEJ KEDIAMAN TUN AHMAD ZAIDI, UNIVERSITI MALAYA

2. Dokumen sebutharga boleh dibeli di Pejabat Am, Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi dengan harga RM 30.00 mulai 19 SEPTEMBER 2018 dan tutup pada 25 SEPTEMBER 2018 jam 12.00 tengah hari. Pembayaran hendaklah dibuat di dalam bentuk kiriman wang/bank deraf/wang pos atas nama Bendahari Universiti Malaya.

3. Sebarang pertanyaan mengenai arahan dan syarat-syarat sebutharga boleh dirujuk kepada:ENCIK MUHAMMAD AZLI AB AZIZ / PUAN AZEAN INDRAWATI ABD RAZAK, No.Telefon : 03-79673385 / 03-79550573 No. Fax : 03-79600513
 



NOTIS PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BANK BAGI TUJUAN BAYARAN

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa pihak UM akan melaksanakan semakan data nama syarikat, nombor akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat adalah tepat sebelum bayaran dibuat oleh pihak Bank.

Tuan/puan diminta untuk memastikan maklumat di bawah yang didaftarkan di bank adalah selaras dengan maklumat yang didaftarkan dengan UM, bagi mengelakkan kegagalan dalam urusan pembayaran:
i. Nama Syarikat
ii. Nombor Akaun bank dan
iii. Nombor Pendaftaran Syarikat.

Sekiranya terdapat perbezaan data, sila layari laman web vendor untuk pengemaskinian data.

Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.
Terima kasih.

Jabatan Bendahari,
Universiti Malaya,
30 Ogos 2016.



Hakcipta Terpelihara 2010 - 2018
Bahagian Inovasi dan Komersialisasi, Pusat Teknologi Maklumat,Universiti Malaya.
Privacy Policy | Site Credits | Disclaimer | Security Policy