| SELAMAT DATANG |
| Terima kasih kerana melayari portal e-procurement Universiti Malaya. Portal ini adalah untuk pembekal atau kontraktor membuat pendaftaran dan membuat tawaran terhadap sebutharga/tendor Universiti Malaya secara online. |
| |
| Kemaskini Profil Syarikat |
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa para pembekal dan kontraktor diminta mengemaskini profil syarikat masing-masing dengan menyenaraikan senarai pemilik syarikat anda.
ANDA HANYA DIBENARKAN MEMBUAT TAWARAN PADA MANA-MANA SEBUTHARGA DI PORTAL INI SEKIRANYA ANDA TELAH SELESAI MELENGKAPKAN BUTIRAN PEMILIKAN SYARIKAT ANDA.
Untuk panduan mengemaskini maklumat tersebut, anda boleh merujuk manual yang disediakan di sini
Sekian, terima kasih.
-Dikemaskini pada 24 hb April, 2012- |
| |
| PEMBERITAHUAN |
Universiti Malaya tidak terikat untuk menerima sebutharga/tender yang terendah atau mana-mana sebutharga/tender dan tiada penjelasan akan diberikan kepada mana-mana penyebutharga/petender yang tidak berjaya atau ditolak.
University Malaya does not bind itself to accept the lowest or any tender and no reason will be given for rejecting any tender. |
| |
| PERINGATAN KEPADA PARA PEMBEKAL |
Pembekal adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan seorang yang menyamar sebagai staf akademik UM atau pegawai dari Koperasi Kedai Buku UM/UPM yang meminta pembekal membekalkan perkhidmatan atau produk dalam kuantiti yang besar, dan memberi beliau tunai atas alasan yang tertentu. Penyamar yang licik ini hanya menghubungi mangsa melalui telefon dan menggunakan khidmat orang tengah untuk mengutip wang dari mangsa.
|
| |
| Pemberitahuan Penting |
Kepada semua vendor yang telah aktif mohon mengambil tindakan seperti dirujuk :
- Sila kemaskini alamat emel yang didaftarkan di sistem vendor.um.edu.my kepada yang terkini.
- Sila gunakan akaun emel yang memiliki kapasiti inbox yang besar.
Mohon mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan dari masalah tidak menerima emel tawaran sebutharga dari sistem vendor.um.edu.my .
Sekian terima kasih dan harap maklum. |
| |
| Tempoh Pendaftaran |
| Pendaftaran Pembekal / Kontraktor adalah dibuka sepanjang masa |
| |
| Perpindahan Bahagian Perolehan ke Bangunan Baru |
Kepada semua,
Sila ambil maklum bahawa Bahagian Perolehan akan mula beroperasi di alamat berikut mulai 1 Julai 2011 (Jumaat):
Bahagian Perolehan
Aras 2, Jabatan Bendahari
Bangunan Canseleri (Baru)
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Semua surat-menyurat hendaklah dikemukakan ke alamat di atas.
Sekian, harap maklum.
Terima kasih. |
| |
| Pengemaskinian Maklumat Pembekal dan Pembayaran secara EFT |
Semua pembekal/kontraktor baru perlu memastikan maklumat pembekal dikemaskini dengan mengisi borang maklumat pembekal bagi melancarkan lagi proses pengeluaran Purchase Order (PO) dan tujuan pembayaran (Borang Maklumat Pembekal). Pembekal yang pernah berurusan dengan Universiti Malaya sebelum pengenalan sistem e-procurement juga boleh mengemaskini maklumat bagi tujuan tersebut. Semua pembekal/kontraktor juga diminta mengisikan borang untuk pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) bagi memudahkan lagi proses pembayaran (Borang Pembayaran Melalui EFT).
Sila hantar borang yang telah dilengkapkan ke:
Bahagian Pengurusan Pembayaran & Perbelanjaan
Jabatan Bendahari
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Tel: 03-79673403
Fax: 03-79673549
Universiti Malaya |
| |
| Pemberitahuan Sebutharga Melalui SMS |
Sistem pemberitahuan sebutharga melalui SMS telah diaktifkan mulai 16 Mac 2011. Sila pastikan anda telah menambah kepakaran dan kod bidang syarikat anda untuk menerima pemberitahuan melalui SMS ini.
SMS akan dihantar kepada anda pada setiap hari bermula jam 6:00 pagi dengan memenuhi perkara berikut:-
- Anda membuat langganan SMS e-procurement,
- Pakej langganan belum tamat tempoh,
- Anda telah memasukkan sekurang-kurangnya SATU kepakaran dan SATU kod bidang dalam profail syarikat anda, dan
- Terdapat sekurang-kurangnya SATU sebutharga (yang sepadan dengan kepakaran dan kod bidang syarikat anda) dibuka pada hari tersebut.
|
| |
| Pemberitahuan Kepada Pembekal / Kontraktor Yang Ingin Berurusan Dengan Universiti Malaya |
|
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 3 Januari 2011, semua pembekal/kontraktor yang ingin menyertai pelawaan sebutharga/tender di Universiti Malaya adalah dikehendaki mendaftar dengan pihak Universiti secara online melalui Portal Pendaftaran Pembekal/Kontraktor
Syarat-syarat WAJIB:
a) Semua Pembekal/Kontraktor MESTI mendaftar secara online bagi mendapatkan id pengguna.
b) Pembekal/kontraktor akan dikenakan yuran Proses pendaftaran sebanyak RM30.00 berkuatkuasa pada 3 Januari 2011.
* Akaun akses akan diaktifkan selepas Yuran Proses Pendaftaran dijelaskan.
c) Disamping pelawaan secara rasmi, makluman pembukaan sebutharga dan tender juga akan dihantar melalui emel (percuma) dan juga sistem pesanan ringkas (SMS). Untuk sistem pesanan ringkas, penyebutharga/petender akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 untuk langganan 1000 SMS.
d) Pembayaran Yuran Proses Pendaftaran dan Langganan SMS boleh dibuat melalui bayaran kad kredit, draf bank, kiriman wang atau Wang Pos atas nama “Bendahari Universiti Malaya”.
|
| |
Kaunter :
Bahagian Perolehan Universiti Malaya.
Aras 2, Jabatan Bendahari
Bangunan Canseleri (Baru)
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Tel: +603-7967 4660/ 6274/ 4608/ 6965/ 6967/ 6968
Waktu operasi :
Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 12.00 petang
2.30 petang - 4.30 petang
Jumaat : 9.00 pagi - 11.30 tengahari
3.30 petang - 4.30 petang
|
e) Pembekal yang telah mendaftar dan membuat bayaran yuran proses pendaftaran sahaja yang boleh menyertai pelawaan tender dan sebutharga di Universiti Malaya.
f) Proses penyertaan tender dan sebutharga secara manual tidak akan dilayan. |
|
| |