SILA TUNGGU SEBENTAR


PLEASE WAIT A MOMENT


 
   
   
 
Login
Username
Password
 

New Registration
Vendor Registration

Individual Registration

User Guide Registration

Link



Calendar
<< || >> April - 2024
MoTuWeTh FrSaSu
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Contact Us
Any inquiries regarding functional issues please email:
unit_perolehan@um.edu.my

Any inquiries regarding technical issues please log to helpdesk.um.edu.my



 

Info Berkaitan Tender UM  

UM.G/GD/PR/804/2024/10 (GE/GE03/2024/03/84406) – CADANGAN MENGUBAHSUAI RUANG PERPUSTAKAAN KEPADA ‘COLABORATIVE LEARNING AREA’ (COLA) DI ARAS 2, BALAI UNGKU AZIZ, FAKULTI PERGIGIAN, UNIVERSITI MALAYA
NO. RUJUKAN & TAJUK TENDER: UM.G/GD/PR/804/2024/10 (GE/GE03/2024/03/84406) – CADANGAN MENGUBAHSUAI RUANG PERPUSTAKAAN KEPADA ‘COLABORATIVE LEARNING AREA’ (COLA) DI ARAS 2, BALAI UNGKU AZIZ, FAKULTI PERGIGIAN, UNIVERSITI MALAYA

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industi Pembinaan Malaysia (LPIPM) di bawah gred Pendaftaran/Kategori/Pengkhususan yang berkaitan yang mana pendaftarannya masih sah (valid) bagi tawaran seperti berikut:-.

Gred Pendaftaran/Kategori/Pengkhususan:

Gred:G04
Kod Bidang
B24 (Kerja penyelenggaraan bangunan) ATAU
B28 (Kerja Ubahsuai)
Berdaftar dengan Universiti Malaya (Wajib)

Lawat Tapak 23 April 2024 (Selasa), 10.00 PAGI DI AUDITORIUM JHB, UNIVERSITI MALAYA (Diwajibkan)
Hanya penama dalam sijil sahaja dibenarkan untuk menyertai lawatan tapak. Semua petender diwajibkan membawa sijil pendaftaran syarikat dari LPIPM/ CIDB (PPK & SPKK) serta mempunyai pengkhususan yang dinyatakan.
Pegawai untuk Dihubungi (Berkaitan Spesifikasi, Taklimat dan Lawatan Tapak:
Encik Norhisham bin Leman; No. Telefon : 03-7967 3573 (Emel : norhisham@um.edu.my)

Pegawai untuk Dihubungi (Berkaitan Tender):
Puan Norjulieana binti Mohd Nasir; No. Telefon : 03-7967 6968 (Emel : julieana@um.edu.my)
Encik Mohd Hadi bin Jantan; No. Telefon: 03-7967 6966 (Emel : hadi@um.edu.my)


Dokumen Tender boleh diteliti mulai JUMAAT, 19 April 2024 di Pusat Perolehan, Jabatan Perkhidmatan Kewangan, Pejabat Bendahari, Aras 2, Bangunan Canseleri Baru, Universiti Malaya semasa waktu pejabat dan hanya boleh di akses secara atas talian melalui UM Procurement & Payment Management System di alamat https://vendor.um.edu.my pada SELASA, 23 April 2024 selepas lawatan tapak. Petender yang berminat untuk menyertai tender perlulah mengemukakan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) ke alamat emel: unit_perolehan@um.edu.my bagi semakan kelayakan menyertai tender.


Petender WAJIB berdaftar dan dikehendaki untuk muat turun dokumen tender, mencetak dan muat naik dokumen yang telah dilengkapkan secara atas talian melalui UM Procurement & Payment Management System di alamat https://vendor.um.edu.my serta mengemukakan dokumen tender ke dalam Peti Tender sebelum tarikh tutup.


Dokumen Tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimeterai, ditulis nombor rujukan tender di sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Pusat Perolehan, Jabatan Perkhidmatan Kewangan, Pejabat Bendahari, Aras 2, Bangunan Canseleri Baru, Universiti Malaya. Tawaran tender yang lewat dikemukakan secara online dan kelewatan menghantar dokumen tender seperti mana arahan tender ini, tidak akan dipertimbangkan.

Jika tender dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier, petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup tender selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
Iklan tender UM juga boleh dilihat di pautan:

i. https://vendor.um.edu.my
ii. https://myprocurement.treasury.gov.my
iii. https://bendahari.um.edu.my

Tawaran ditutup pada 14 Mei 2024 (SELASA) jam 12.00 tengah hari
 


Hakcipta Terpelihara 2010 - 2024
Bahagian Inovasi dan Komersialisasi, Pusat Teknologi Maklumat,Universiti Malaya.
Privacy Policy | Site Credits | Disclaimer | Security Policy