Login
Username
Password
 

New Registration
Click here To Register

Link



Calendar
<< || >> September - 2017
MoTuWeTh FrSaSu
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Contact Us
Please call us during office hours only. Otherwise, please email to um_perolehan[at]um.edu.my
Monday - Thursday :
8.30am - 1.00pm &
2.00pm - 5.30pm
Friday :
8.30am - 12.00pm &
2.45pm - 5.30pm
(Malaysian Time, GMT +8.00)



 

Pengumuman  

NOTIS PEMBERITAHUAN PENGAKTIFAN AKAUN 2017 UNTUK PEMBEKAL DALAM NEGARA
Adalah dimaklumkan bahawa bermula Januari 2017, Universiti Malaya akan mengenakan kadar baru bagi yuran pendaftaran/pengaktifan akaun Portal Vendor UM kepada RM106 setahun (RM100+6% GST). Manakala bagi langganan SMS, bayaran adalah RM106 untuk 500 SMS (RM100+6% GST).

Bagi pihak syarikat yang telah membuat pengaktifan akaun sebelum tahun 2016, tarikh tamat tempoh akaun adalah pada 31/12/2016. Manakala syarikat yang membuat pengaktifan akaun dalam tahun 2016, tarikh tamat tempoh akaun adalah satu tahun dari tarikh pengaktifan.

Selepas tarikh tersebut, pihak pembekal perlu membuat pengaktifan akaun semula dengan kadar yang baru secara tahunan untuk membolehkan pihak syarikat membuat tawaran sebutharga atau tender.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak PTM melalui emel um_perolehan@um.edu.my
 
KAEDAH PEMBAYARAN BAGI PENGAKTIFAN VENDOR
Terdapat tiga(3) kaedah pembayaran iaitu:

 1. Pembayaran melalui kad kredit secara online (Pengaktifan akan dilakukan serta merta)

 2. Pembayaran melalui kaunter bank, bank deraf, kiriman wang atau Wang Pos atas nama Bendahari Universiti Malaya

3. Pembayaran melalui perbankan internet atas nama Bendahari Universiti Malaya CIMB, No Akaun: 8001279998

Bagi kaedah (2) dan (3) , pengaktifan akan dilakukan setelah Bahagian Perolehan dan Pembanganan menerima pengesahan bayaran. Sila kemukakan bukti pembayaran ke  unit_perolehan@um.edu.my untuk tindakan pihak kami selanjutnya.

Terima kasih.
 
PEMBERITAHUAN

Universiti Malaya tidak terikat untuk menerima sebutharga/tender yang terendah atau mana-mana sebutharga/tender dan tiada penjelasan akan diberikan kepada mana-mana penyebutharga/petender yang tidak berjaya atau ditolak.

University Malaya does not bind itself to accept the lowest or any tender and no reason will be given for rejecting any tender.

 
Info Tambahan berkaitan Tender & Sebutharga JPPHB

Pemberitahuan ini adalah khusus untuk Kontraktor / Pembekal yang berminat menyertai aktiviti tender atau sebutharga JPPHB, UM

Sebarang pertanyaan berkaitan sebutharga & tender JPPHB hendaklah ditujukan kepada :
Pejabat Pengurusan Harta Benda (JPPHB)
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +603-7967 3318
Fax: +603-7967 3569

Kepada semua pembekal / kontraktor,
Mulai Januari 2009, setiap sebutharga JPPHB akan dikenakan bayaran RM30.00, sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Sebutharga Universiti Malaya.

Untuk keterangan lanjut, klik pautan di bawah :
  Makluman Penjualan Sebutharga
  Surat Kelulusan Penjualan Sebutharga
 
Papan Tanda Dalaman :
  Lukisan Kerja Piawai Papan Tanda Dalaman
  Lukisan Kerja Piawai Papan Tanda Dilarang Merokok
  Garis Panduan Papan Tanda Dalaman
  Lukisan Kerja Piawai Perabot UM
 
Papan Tanda Luaran :
  Lukisan Kerja Piawai Papan Tanda Luaran
 
UM.KOL.12/2017/Perolehan/2017/03 - PERKHIDMATAN KANTIN/GERAI DI KOLEJ KEDIAMAN RAJA DR. NAZRIN SHAH.
Tuan/Puan adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga diatas:-Tawaran adalah dibuka kepada mana-mana pembekal yang berdaftar dengan:-SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM),BERDAFTAR ATAU TIDAK BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM ) DALAM KOD BIDANG 040103 (MAKANAN BERMASAK ISLAM) SAMADA BERTARAF BUMIPUTERA/BUKAN BUMIPUTERA LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN pada 16 November 2017 (Khamis) jam 10.00 pagi bertempat di KAFETERIA, KOLEJ KEDIAMAN KEDUA BELAS,UNIVERSITI MALAYA, 50603 KUALA LUMPUR. Dokumen tawaran boleh di beli di Pejabat Pentadbiran, Kolej Kediaman Kedua Belas, Universiti Malaya mulai 17 November 2017 (Jumaat) dan dokumen hanya boleh dibeli selepas lawatan tapak. Hanya penyebutharga yang menghadiri lawatan tapak sahaja dibenarkan untuk membeli dokumen sebutharga. Pembekal / kontraktor mestilah berdaftar dengan pihak Universiti Malaya secara online melalui portal e-Procurement di alamat http://vendor.um.edu.my. Dokumen tawaran ini boleh dibeli dengan harga RM 31.80 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Satu dan Sen Lapan Puluh Sahaja) senaskah dalam bentuk tunai yang tidak akan dikembalikan.Penyebutharga yang memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai sebutharga ini bolehlah menghubungi :-Puan Khairul Elmi Khalidah Adham di talian 03-79577367. TARIKH TUTUP IKLAN IALAH PADA 30 November 2017 (Khamis) Jam 12.00 TENGAH HARI. Sekian,Terima kasih.
 


Hakcipta Terpelihara 2010 - 2017
Bahagian Portal Enterprise, Pusat Teknologi Maklumat,Universiti Malaya.
Privacy Policy | Disclaimer | Security Policy